Sesi Libat Urus LPKP Sabah diteruskan hari ini bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Sesi dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Dan Trafik DBKK, Hana’aifah A.S Suhaili manakala LPKP Sabah diketuai oleh Ketua Sektor Dan Dasar LPKP Sabah, Boney Joumil.
Dalam sesi tersebut, taklimat berkenaan fungsi dan peranan LPKP Sabah telah disampaikan oleh Boney.
Turut dibincangkan adalah cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan kenderaan perdagangan di Kota Kinabalu.




