GPS
PELAKSANAAN PEMASANGAN SISTEM KEDUDUKAN SEJAGAT (GLOBAL POSITIONING SYSTEM–GPS)
PELAKSANAAN
Sejajar dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan bagi memastikan kenderaan perdagangan sentiasa mematuhi tahap keselamatan serta peraturan yang ditetapkan, Mesyuarat Anggota Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 memutuskan semua pemegang lesen kenderaan perdagangan yang disenaraikan melalui pekeliling ini hendaklah dipasang dengan GPS yang mendapat penarafan sekurang-kurangnya 3 bintang TrackScore MIROS, mempunyai kapasiti menyimpan data selama satu (1) tahun, dan pembekal GPS mesti mempunyai sokongan fizikal setempat dengan lesen berniaga di Sabah bagi pemegang lesen LPKP Sabah. Sebarang maklumat lanjut berkaitan penarafan boleh dirujuk pada laman sesawang MIROS.